Bagi menyahut seruan mencapai matlamat pembangunan lestari atau SDG, sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil inisiatif menganjurkan Program Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar yang dinamakan Botanical Park Rescue Mission.<br /><br />program yang membabitkan pelajar kejuruteraan awam di UiTM Shah Alam ini merupakan program di bawah service learning malaysia-university for society atau sulam, yang merupakan kursus wajib bagi semua pelajar universiti.